Sunday, May 14, 2017

Bagaimana jadi Ahli Moorlife?


Dah lama tak buka peti surat.  Semalam baru buka dan terselit sepucuk surat dari CMN.  Yes! secara rasminya saya ahli Moorlife.



Bagaimana saya bermula?  Apakah yang membuatkan saya nak jadi ahli?

Saya mula tahu tentang Moorlife bila FBwalking.  Saya memang suka tengok iklan.  Saya lihat dan google.  Rupa-rupanya produk ini banyak di Indonesia.   Teringin nak beli tapi sebab dari sana, saya lupakan saja hasrat itu.

Setelah beberapa bulan, saya ternampak produk Moorlife di flea market.  Saya terus pegang dan telek produk Moorlife.  Peniaga yang menjaga booth ketika itu, baru sahaja jadi ahli dan dia agak kelam kabut diketika itu.  Jadi, saya hanya tinggalkan nombor handphone sahaja.

Sedang saya tepu dengan dunia jualan online produk plastik yang lain, tiba-tiba rakan sepeniaga online mengajak untuk menyertai beliau dalam bisnes Moorlife.  Bila dia sebut aje Moorlife, saya berminat.  Saya rasakan jiwa saya suka menjual produk plastik.

Akhirnya kami berjumpa, beliau terangkan tentang pelan pemasaran dan saya terus isi borang keahlian.  Semudah itu 😃



Menjadi ahli tidak perlu modal yang banyak.  Tiada yuran keahlian.  Hanya beli barang bernilai seminima RM200 sahaja.  Inilah barang yang saya dapat hanya dengan RM200.  Banyak kan?



Jika anda berminat untuk membeli barangan Moorlife, sila Whatsapp saya di 012 2393783 sekarang.  Saya sedia membantu.



Teks dan foto:  Hawa Rosli



Friday, May 12, 2017

Katalog May - June 2017

Katalog Moorlife May - June 2017

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Jururawat

Selamat Hari Guru

Salam Ramadhan

Sebarang pertanyaan,
sila Whatsapp 012 2393783


















Cantik kan?  Ada yang berkenan?



sila Whatsapp 012 2393783 sekarang!


Teks:  Hawa Rosli
Foto:  http://www.cmnbrands.com.my




Tuesday, May 9, 2017

Moorlife Carnival 7 May 2017


Teks dan foto:  Hawa Rosli


Ahad lepas saya berpeluang ke Ibu Pejabat CMN atau Moorlife di Kelana Jaya.  Rupanya senang jer nak cari tempat tersebut.  Lain kali, saya boleh pergi sendiri.
Pertama kali menjejakkan kaki kesana. Wow! terjojol mata melihat produk barangan Moorlife.  Boleh pegang dan rasa sendiri kualiti Moorlife sendiri.
Tebal penutupnya. Bagus sebab tidak mudah patah. Kawan saya siap lipatkan tudung bekas makanan tu. Wah! tak terjejas pun.



Enterpreneurs dan Leaders sedang memborong.  Ada cabutan bertuah, ada tukar barang dan bermacam aktiviti. 



Disediakan Sudut Kanak-kanak untuk memudahkan para ibubapa membeli dan menyertai program yang diadakan.


Semasa karnival, ada demo memasak menggunakan perkakas dapur Moorlife.  Rupanya semua bekas Moorlife bole tahan panas.  Boleh gunakan memanaskan makanan didalam Ketuhar Gelombang. Best ke hebat?




Akhirnya saya terjumpa kawan sepeniaga di alam maya.  Puan Sali Yusuf dari Shah Alam. Selama ini hanya berinteraksi di Facebook aje. Dapat juga kami berkenal mesra.


Berminat dengan produk Moorlife?  Hubungi saya segera Whatsapp atau Telegram 0122393783




Thursday, March 2, 2017

Keunikan Moorlife


Moorlife senaraikan ikon dan keterangan ikon untuk memudahkan pengguna.


Amacam?  Mudahkan 😎


Teks:  Hawa Rosli
Foto:  http://www.cmnbrands.com.my



Kelebihan Moorlife



Produk Moorlife diperbuat dari bahan plastik bermutu tinggi.

Apakah kelebihan produk Moorlife?
  • waranti seumur hidup
  • lebih tebal dan tahan lasak
  • warna lebih terang
  • rekabentuk yang direka untuk pastikan makanan disimpan lebih tahan lama dan segar
  • diperbuat dari bahan makanan yang dibenarkan oleh Food and Drugs Administration (FDA)




Produk Moorlife berikan jaminan seumur hidup dimana produk akan digantikan secara PERCUMA jika ada kerosakan.  Tetapi jika kerosakan adalah disebabkan oleh kecuaian atau salahguna, ianya tidak akan digantikan.

Kecuaian dan salahguna yang tidak tertakluk kepada gantian produk Moorlife ialah:

  1. melepuh akibat panas
  2. kesan warna yang tertinggal
  3. pecah disebabkan hentakan yang kuat
  4. gigitan haiwan atau serangga
  5. calar balar
  6. kesan potong atau terpotong
  7. produk mencair akibat terkena api atau kepanasan melampau


Macam sama tapi tak serupa, jangan cakap hakak tak payung 💃



Teks:  Hawa Rosli
Foto:  http://www.cmnbrands.com.my





Apa itu produk Moorlife?



Moorlife ni apa?  Pasti ramai tertanya-tanya.  Saya pun pada permulaannya tertanya-tanya juga.  Nampak macam sama dengan Tupperware.  Sama tapi tak serupa.

Moorlife berasal dari Indonesia dibawah syarikat Creative Mega Network.  Ianya mula masuk ke Malaysia sejak September 2016 setelah hampir 5 tahun di Indonesia.


Setakat ini, belum ada stokis atau cawangan di sini.  Hanya ada ibupejabat yang terletak di Kelana Jaya.

MoorLife adalah jenama kepada barangan premium plastik bermutu tinggi.


Cantikkan?




Teks:  Hawa Rosli
Foto:  http://www.cmnbrands.com.my
Emel:  puanhawarosli@gmail.com